Skincare beginner
Assalamualaikum! Hi!
Welcome to my blog.
First post hari ni khas untuk skincare beginner, macam mana nak start pakai skincare.
Saya bukan aesthetician or dermatologist. I am just a skincare enthusiast dan ada pengalaman breakout terok dulu and recovered. throughout my skincare journey, I did a lot of reading, research, studied about ingredients and all to overcome my breakout and oily skin. so here in my blog, nak share dengan semua orang from my skin journey experience. I do really hope this blog finds you beneficial.
So if you are a beginner in skincare, sebelum ni tak pernah pakai apa2 skincare sebelum ni selain cuci muka, mesti pening kan bila baca dekat insta or google sana sini macam2 jargon and terms advanced orang guna dalam skincare. produk dekat pasaran, drugstore, website dah lah banyak. tak tau nak beli yang mana satu.
fret not, saya akan cuba untuk guide anda. this is based on my experience.
credit to pinterestSTEP 1. KENA FAHAM KONSEP SKINCARE
Skincare bukan macam makeup. Skincare lebih kurang macam ubat untuk merawat masalah kulit. kena faham masalah kulit kita dulu betul2 baru kita tahu skincare apa yang sesuai untuk menyelesaikan masalah kulit tu. bukan main pakai je, tapi tak tau masalah kulit sendiri apa. sebab tu skincare yang dipakai jadi tak berkesan atau menyebabkan masalah kulit lebih teruk.
konsep dia "skin first, product second, make up is a choice" gituuu
STEP 2. KENAL JENIS KULIT (skin type)
visit instagram @yourstrulybyme
Jenis kulit ni adalah genetik. lahir2 je, skin type kita memang macam tu. sama ada
- normal skin
- dry
- oily
- combination
- sensitive
kenapa penting nak tau? sebab dari sini boleh guide produk macam mana yang sesuai dengan kulit kita. setiap produk skincare di pasaran, texture dia berlainan ikut jenis kulit. contohnya, kalau kita oily skin, pakai produk orang dry skin, akan buat kulit kita lebih berminyak. sebab tu penting kena faham jenis kulit kita dahulu, baru cari produk yang sesuai.
basic skincare produk selalunya akan bergantung kepada jenis kulit kita iaitu:
- cleanser
- moisturizer
- sunscreen
sebab selalunya texture skincare produk diformula lain2 ikut jenis kulit. so kena cari 3 benda atas ni yang betul2 sesuai dengan jenis kulit kita
STEP 3. SKIN TYPE VS SKIN CONCERN
illustration by yourstrulybyme
Haa tau tak ada beza dua ni
kalau tadi list of skin type, bawah ni pulak list of skin concern
- acne/jerawat
- parut/hyperpigmentation
- large pores
- dehydrated
- redness
- jeragat
- millia seeds
- blackhead/whitehead/clogged pores
- dark circle
etc banyak laaa...
masalah2 selain skin type tu, skin concern lah tu namanya.
skin concern ni nak cepat rawatkan dia perlukan boost sikit sama ada dalam bentuk serum, essence or ampoule yang ada active ingredients
STEP 4. STARTS WITH BASIC SKINCARE
illustration by yourstrulybyme
dah tau skin type and skin concern, sekarang barulah boleh cari produk yang sesuai. nak cari produk yang sesuai pon ada steps dia, but i will share in my next post insyaallah. tapi mulakan dengan cari basic skincare produk dulu. if possible, cari sampai jumpa yang ngam dengan kulit. sebab apa? sebab basic skincare ni tak boleh ditinggalkan walaupun sehari ye.
apa basic skincare tu? ni version aku laa. basic skincare kena ada membersihkan, melembapkan, melindungi kulit.
SUPER BASIC
1. Cleanser
2. Moisturizer
3. Sunscreen
STANDARD BASIC
1. Cleanser
2. Toner
3. Moisturizer
3. Sunscreen
*aku rasa toner penting, sebab dia akan buat next step skincare tu serap ke dalam kulit dengan lebih berkesan. sebab tu aku consider untuk masukkan dalam basic steps
simple guide untuk start cari produk yang sesuai:
oily skin - cari yang ada label 'oil-free' dan avoid rich creamy texture
dry skin - kena cari yang creamy texture dan gentle cleanser yang tak mengeringkan lagi kulit
sensitive skin - avoid yang ada fragrance, alcohol, essential oil
combination? kena cari produk yang in between oily and dry skin hahahah. atau senang cari yang tulis all skin type.
okiess tu je. hopefully this post membantu beginner2 skincare kat luar sana!
Comments
Post a Comment